Followers

Wednesday, August 20, 2014

Dari kerana mata..

Hai readers, apa khabar? aku harap semorang sihat la ya. Untuk entri kali ini, aku nak story pasal mata. Kata orang dari kerana mata, turun ke hati. Eh betul ke? ahaks. 

Tak de lah, sebenarnya nak cerita pasal contact lenses. korang tahu kan aku ni rabun jauh. power tak lah tinggi mana pun, tapi serius kalau tak pakai cermin mata ataupun lense serius kabur je pandangan. so sekarang ni aku lebih suka pakai lense sebab senang dan mudah dan tak rasa macam pandangan terhad bila pakai spek tuh. baru nampak urban sikit kan. ye dulu aku memang akui yang aku ni jenis nak nampak macam mat saleh, gigih ni pergi beli lense jual kat pasar malam tu asalkan mata kau nampak bewarna warni. hahaha. hakikatnya tak cantik pun dik non. tahun lepas aku tercari-cari jugak lense yang senang dan mudah pakai, kalau pakai lebih 8 jam tak rasa sakit berair mata. ya!! aku dah jumpa sekarang iaitu Air Optik. Memperkenalkan lense yang terbaik yang pernah aku pakai. walaupun diorang tak bayar aku, aku gigih jugak nak cerita pasal kebaikan lense ni. haha.

"Air Optix Aqua adalah lensa kontak terbuat dari bahan-bahan terpilih yang dapat menghantarkan lima kali lebih banyak oksigen melalui lensanya dibandingkan lensa kontak biasa. Lensa kontak didukung teknologi unik TriComfort yang memungkinkannya mampu menghantarkan oksigen bernutrisi, menyehatkan, melembapkan, dan memberi kenyamanan sepanjang hari."


Ok, kesimpulannya lense ni sangat best lah sebab kalau kau pakai sepanjang hari pun kau rasa macam tak pakai pun, sampai ada satu hari tu aku terpakai bawak tidur sebab tak perasan pun aku pakai lense nih. sebelum ni aku ada pakai lense jenama lain, tapi tak sebest lense yang aku pakai sekarang. yang peliknya satu kotak ada 3 unit. so kau akan kena beli 2 kotak sebab nak cukupkan 6 unit kan.pandai diorang. haha. so pasni sapa-sapa yang nak cari contact lense yang boleh dipakai lama sepanjang hari, aku rekemenkan jenama ni lah, tak pun kau beli satu dulu and then try kan. pastu kau akan rasa best. ok daaaa

1 comment:

mujahidah maisarah said...

huk. x pernah pakai contact lense. x berani

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...